en | my

Dasar Privasi

Bella Marie France ("BellaMarieFrance.com.my", "Bella Marie France", "kami", "kita", "laman web ini") diuruskan oleh Marie France Bodyline Sdn Bhd (195194H) dan syarikat-syarikat yang bersekutu dan bergabung dengannya. Kami menghormati privasi pengunjung atas talian kami (“kamu”, “anda”, “anda punya”, “pengguna”) dan mengenali kepentingan menjaga informasi yang dikumpul tentang anda.

Maklumat ini disediakan untuk memaklumkan setiap pengunjung laman web kami mengenai Dasar Privasi ini. Dengan melayari laman web ini, anda bersetuju dengan cara penggunaan data serta Terma-terma dan Syarat-syarat yang terkandung dalam Dasar Privasi ini.

Jika anda berumur bawah 18 tahun, kami perlukan anda memaklumkan ibu-bapa atau penjaga anda mengenai Dasar Privasi serta Terma-terma dan Syarat-syarat kami di samping meminta persetujuan mereka mengenai Dasar Privasi serta Terma-terma dan Syarat-syarat kami sebelum anda melayari laman web ini, memberi apa-apa maklumat peribadi ataupun mendaftar dan membuat pesanan untuk produk kami.

Pengemaskinian Dasar Privasi

Dasar Privasi ini mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia (“PDPA”) dan peruntukan undang-undang lain di Malaysia behubung dengan privasi dan perlindungan Maklumat Peribadi yang dikemukakan dari semasa ke semasa. Kami berhak untuk membuat pindaan dan pengemaskinian terhadap Dasar Privasi ini pada bila-bila masa. Kami mencadangkan anda membaca Dasar Privasi ini sebelum melayari laman web kami. Penggunaan berterusan laman web ini dan penerimaan perkhidmatan kami selepas sebarang perubahan dibuat kepada Dasar Privasi ini menyatakan persetujuan anda terhadap pindaan-pindaan tersebut.

Perkongsian Maklumat

Pihak kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan dan di antara syarikat-syarikat bersekutu kami atau rakan niaga terpilih untuk tujuan yang dinyatakan kepada anda di sini pada masa pengumpulan maklumat peribadi tersebut atau mengikut perundangan PDPA.

Maklumat Peribadi

Kami mengumpul maklumat peribadi anda bila anda memberi maklumat tersebut melalui apa-apa cara, termasuk transaksi dan/ atau segala pertanyaan yang dikemukakan kepada kami bila anda melayari laman web ini. Dengan mendaftar, membuat pesanan, menggunakan laman web ini ataupun memberi maklumat seperti di atas, anda bersetuju bahawa kami dan syarikat-syarikat yang bergabung boleh menggunakan maklumat anda untuk tujuan berikut:

  1. Untuk memproses dan melengkapkan pesanan/ pendaftaran anda;
  2. Untuk menyediakan produk, barangan, kemudahan, program, perkhidmatan serta insentif kesetiaan dan ataupun aktiviti lain seperti yang diminta oleh anda;
  3. Untuk berkomunikasi dengan anda melalui SMS, panggilan telefon, emel, faks, surat dan/ atau lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian;
  4. Untuk memberi respons kepada soalan-soalan dan komen-komen anda;
  5. Untuk tujuan pentadbiran;
  6. Untuk memaklumkan anda tentang perubahan kepada produk, kemudahan, program serta/ atau insentif kesetiaan yang mampu memberi kesan kepada anda melalui SMS, panggilan telefon, emel, faks, surat dan/ atau lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian;
  7. Untuk memasarkan dan mempromosikan produk, barangan, kemudahan, perkhidmatan dan/ atau insentif kesetiaan yang mungkin menarik minat anda dari semasa ke semasa oleh pihak kami mahupun syarikat-syarikat bergabung melalui SMS, panggilan telefon, emel, faks, surat dan/ atau lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian;
  8. Untuk memproses dan menganalisis maklumat peribadi anda;
  9. Untuk tujuan kajian pemasaran;
  10. Untuk memantau kesesuaian dan kewajaran anda untuk menyertai, mengambil bahagian, menikmati atau mengguna mana-mana program, pakej, kemudahan atau harta benda syarikat yang bergabung, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana program kesetiaan pelanggan;
  11. Bagi tujuan pemasaran langsung melalui SMS, panggilan telefon, emel, faks, surat dan/ atau lain-lain saluran komunikasi yang bersesuaian;
  12. Untuk tujuan-tujuan lain yang difikirkan sesuai oleh kami;
  13. Untuk tujuan kami dan syarikat yang bergabung menunaikan kewajipan yang diperlukan di bawah undang-undang.

Analisis Cara Penggunaan

Kami berhak untuk menjalankan analisis statistik ke atas cara dan ciri penggunaan laman web kami untuk mengukur tahap minat dalam dan kepada penggunaan sekitar laman web kami serta memaklumkan pihak pengiklan tentang maklumat sedemikian. Kami juga berhak memaklumkan kepada pihak-pihak pengiklan bilangan pelayar laman web kami yang terdedah ataupun mengklik iklan-iklan mereka. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan ataupun dasar parti ketiga yang meminta maklumat peribadi tersebut dan anda seharusnya memeriksa dasar privasi parti ketiga tersebut.

‘Cookies’ dan Teknologi Internet Lain

Apabila anda melayari laman-laman web kami, beberapa maklumat mengenai peranti anda seperti alamat IP, perisian pelayar web dan laman web yang dirujuki akan dikumpul secara automatik. Maklumat tersebut hanya digunakan untuk mewujudkan pengalaman pengguna yang lebih baik dan untuk mengenal pasti bahagian yang perlu ditambah baik dalam laman web kami. Anda perlu mengetahui juga bahawa maklumat dan data mungkin dikumpul secara automatik melalui ‘cookies’. ‘Cookies’ merupakan fail teks bersaiz kecil yang boleh digunakan oleh laman web untuk mengenal pasti pelayar laman web berulangan serta meninjau cara penggunaan dan seterusnya menyusun data berjumlah tersebut untuk tujuan penambahbaikan laman web dan sasaran pengiklanan. ‘Cookies’ tidak dilampirkan ke sistem anda ataupun merosakkan fail anda. Jika anda hendak menghalang pengumpulan maklumat melalui ‘cookies’, anda boleh mengubah pelayar anda untuk tidak mengaktifkan ’cookies’. Dengan melayari laman web kami, anda bersetuju bahawa kami boleh menggunakan teknologi internet seperti ini dan yang sewajarnya untuk tujuan yang diterangkan di atas.

Menarik diri daripada maklumat pemasaran

Melainkan anda telah menarik balik persetujuan ataupun memberi arahan kepada kita, kami akan kekal berkongsi maklumat yang dikumpul dari anda dengan syarikat-syarikat gabungan kami, termasuk mana-mana syarikat gabungan kami yang berada di luar negara Malaysia - seperti yang diizinkan oleh dan berkenaan PDPA. Anda boleh memilih untuk menarik balik persetujuan daripada menerima maklumat pemasaran hanya dengan mengikut arahan yang diberikan dalam pesanan tersebut. Sila ambil perhatian bahawa jika anda menarik balik persetujuan anda untuk tujuan yang tertentu, seperti pemasaran ataupun sebuah kategori pemasaran yang khusus, kami akan kekal menghubungi anda atau menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan lain yang anda tidak menarik balik persetujuan anda dan maklumat peribadi tersebut mungkin kekal dikongsi seperti yang diizinkan di bawah perundangan PDPA.

Akses, pembetulan dan pemadaman maklumat peribadi anda

Anda boleh memohon akses kepada maklumat peribadi anda ataupun memaklumkan kami mengenai sebarang pengemaskinian atau pembetulan maklumat anda dengan menghubungi kami di customercare@bellamariefrance.com.my. Selain itu, dengan permohonan anda, kami akan menggunakan cara yang munasabah untuk memadam maklumat peribadi anda daripada pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, kami mungkin menyimpan rekod anda dan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan perundangan dan perniagaan menurut akta PDPA ataupun undang-undang lain. Sila ambil perhatian bahawa tertakluk kepada PDPA, bukan semua data yang kami dikumpul boleh disediakan untuk pengajian semula.

Menarik Balik Persetujuan

Anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk pengumpulan, penggunaan dan/ atau pendedahan maklumat peribadi anda yang berada dalam simpanan kami atau di bawah kawalan kami dengan menulis kepada kami di: customercare@bellamariefrance.com.my. Kami akan memproses permohonan anda dalam masa yang munasabah dari permohonan tersebut untuk menarik balik persetujuan yang dibuat, dan seterusnya tidak akan mengumpul, menggunakan dan/ atau mendedahkan data peribadi anda seperti yang dipohon. Walau bagaimanapun, walaupun anda telah menarik balik persetujuan, kami masih berhak untuk mengumpul, menggunakan atau mendedahkan data peribadi anda jika kami dikehendaki atau diberi kuasa untuk berbuat demikian di bawah PDPA atau mana-mana perundangan lain.

Jika anda hendak berbicara dengan wakil perkhidmatan pelanggan kami, sila hubungi talian 1800-22-8222. Anda juga boleh menghantar emel kepada kami di customercare@bellamariefrance.com.my ataupun menulis kepada kami kepada alamat berikut: Upper Penthouse, Unit B-22-1, North Point Offices, Mid Valley City, No. 1, Medan Syed Putra Utara, 59200 Kuala Lumpur.