en | my

Terma-terma dan Syarat-syarat

Bella Marie France ("BELLAMARIEFRANCE.COM.MY") mengekalkan dan memiliki laman web ini (“laman web”). Anda seharusnya mengakses dan melayari laman web ini hanya jika anda bersetuju dan menerima terma-terma dan syarat-syarat berikut untuk penggunaan anda (“Terma-terma dan Syarat-syarat”) tanpa had atau keraguan. Sila baca terma-terma dan syarat-syarat ini dengan teliti sebelum mengakses dan melayari laman web ini.

Istilah “Bella Marie France” atau “kami”, “kita” dan “kami punya” merujuk kepada Marie France Bodyline Sdn Bhd dan “anda” atau “kamu” merujuk kepada pengguna/pelayar laman web ini.

Kami berhak, dengan pertimbangan mutlak kami, untuk mengubah, meminda, menambah ataupun mengurangkan Terma-terma dan Syarat-syarat sepertimana di bawah pada bila-bila masa dan tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Kami mengesyorkan bahawa anda membaca Terma-terma dan Syarat-syarat ini sebelum melayari laman web kami. Dengan penggunaan berterusan laman web ini, anda menunjukkan penerimaan anda terhadap segala perubahan dan pengubahsuaian sepertimana yang telah dibuat.

Jika anda berumur bawah 18 tahun, kami perlukan anda memaklumkan ibu-bapa atau penjaga anda mengenai Dasar Privasi dan Terma-terma dan Syarat-syarat kami di samping meminta persetujuan mereka mengenai Dasar Privasi dan Terma-terma dan Syarat-syarat kami sebelum anda melayari laman web ini, memberi sebarang maklumat peribadi ataupun mendaftar dan membuat pesanan untuk produk kami.

Harta Intelek

Laman web ini bertujuan untuk penggunaan peribadi, ilustrasi dan makluman sahaja. Anda tidak dibenarkan memuat turun, membuat salinan, memuat naik, membuat makluman, menyiarkan atau menyebarkan laman web ini melalui apa-apa cara sekalipun tanpa izin. Selain itu, anda tidak dibenarkan mengubahsuai, menggunakan semula, melaporkan atau menggunakan bahan dalam laman web ini untuk tujuan awam atau komersial, termasuk teks, audio dan video tanpa kebenaran bertulis kami.

Tanda dagang, tanda perkhidmatan, logo dan aksara yang terpapar di laman web ini adalah hak milik kami dan tidak dibenarkan digunapakai atau dipinda dengan apa-apa cara sekalipun. Tiada apa-apa isi-kandungan laman web ini boleh dianggap sebagai pemberian lesen atau hak untuk menggunakan harta intelek kami.

Penggunaan laman web ini secara tidak sah, tidak berpatutan dan menyalahi undang-undang dilarang sama sekali.

Penggunaan Maklumat Peribadi

Sila rujuk kepada Dasar Privasi kami untuk maklumat lanjut tentang cara kami mengumpul, menggunakan, memproses dan melindungi maklumat peribadi.

Penafian

Harap maklum bahawa kesemua bahan yang terpapar di laman web ini mungkin dimuat turun secara awam oleh pengguna-pengguna pihak ketiga. Kami telah mengambil langkah pencegahan untuk menghalang pelawat-pelawat memuat turun bahan laman web ini. Namun begitu, jika pengguna-pengguna masih memuat turun, kami tidak akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti ke atas apa-apa kerosakan yang berlaku.

Kami berusaha memastikan kandungan laman web ini adalah tepat dan boleh dipercayai. Walau bagaimanapun, kami tidak membuat sebarang perwakilan, waranti atau jaminan mengenai kandungan laman web ini.

Kami (termasuk tetapi tidak terhad kepada para pekerja, pengarah, pegawai, wakil sekalian kami) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kerosakan, kehilangan keuntungan, simpanan, muhibah (sama ada secara langsung, tidak langsung, secara punitif, istimewa, sampingan atau berakibat langsung) yang timbul daripada atau berkaitan penggunaan laman web ini.

Promosi/ Tawaran

Promosi/ tawaran harga percubaan sah untuk pelanggan kali pertama sahaja.

Hanya warganegara Malaysia, permastautin dan permastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas pada masa konsultasi mungkin layak untuk promosi/tawaran.

Para pekerja, agensi-agensi pengiklanan dan promosi kami serta ahli keluarga terdekat dan/ atau mereka yang menetap di rumah yang sama dengan para pekerja kami, agensi-agensi pengiklanan dan promosi kami tidak layak untuk mendapat sebarang promosi/ tawaran.

Kami berhak, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa, secara sementara atau secara tetap, secara keseluruhan atau sebahagian, untuk: (i) menyemak semula, mengubah, menangguhkan, menghentikan sementara, tidak meneruskan atau menamatkan promosi di samping melaraskan struktur, jenis dan pengedaran promosi/ tawaran, mengikut pertimbangan mutlak kami. Seterusnya, kami juga berhak (ii) mengkaji semula, mengubah ataupun menghapuskan terma-terma dan syarat-syarat ini dengan atau tanpa notis terlebih dahulu. Dengan menyertai promosi/ tawaran kami, anda terikat dengan versi terma-terma dan syarat-syarat yang terkini.

Kami berhak untuk memberi tafsiran mutlak untuk terma-terma dan syarat-syarat ini. Keputusan kami mengenai semua perkara yang berkaitan dengan promosi/ tawaran adalah muktamad dan mengikat secara sah. Kami juga berhak, mengikut pertimbangan mutlak kami, untuk membatalkan kelayakan peserta yang tidak memenuhi peraturan serta syarat promosi/ tawaran. Ini termasuk, tanpa batasan, penyerahan butiran pendaftaran yang tidak sahih, tidak lengkap atau yang salah.

Dengan mengemukakan butiran pendaftaran atau menyertai promosi/ tawaran, setiap pendaftar:

  • secara khusus memberikan kuasa kepada kami untuk menggunakan maklumat sedemikian secara keseluruhan atau sebahagian, di seluruh dunia, selama-lamanya di dalam atau di mana-mana dan semua media, yang kini diketahui atau kemudiannya dicipta, secara bersendirian atau bersama sebagai sebahagian daripada maklumat, kandungan dan/ atau bahan lain;
  • mewakili dan memberi jaminan bahawa semua elemen yang terkandung dalam borang penyertaan adalah (i) tepat, tersendiri kepada peserta atau diizinkan sepenuhnya untuk digunakan sepertimana yang dicatat di sini serta (ii) tidak dan tidak akan, dengan apa-apa cara sekalipun, melanggar sebarang terma perjanjian yang peserta mungkin menjadi pihak kepada. Dengan itu juga (iii) peserta tidak menghendaki kami membayar atau menanggung sebarang jumlah kepada sesiapa atau sebarang entiti akibat penggunaan atau eksploitasi kami yang sama.

Liabiliti

Kami tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti terhadap sebarang kerosakan, kerugian, kecederaan atau kekecewaan yang dialami oleh mana-mana peserta yang menyertai promosi/ tawaran atau akibat menyertai promosi/ tawaran mahupun menerima sebarang promosi/ tawaran. Kami juga tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti terhadap sebarang jagaan selamat, pengembalian, kegagalan penghantaran atau kehilangan pendaftaran, kelewatan, salah arah, masalah atau kerosakan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem komputer, server, pembekal (providers), perkakasan komputer, kegagalan perisian berkenaan emel atau kemasukan data yang diterima disebabkan masalah teknikal atau kesesakan Internet, rangkaian telefon atau di sebarang laman web mahupun mana-mana kombinasi daripadanya, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kerosakan kepada komputer, telefon bimbit atau peranti yang berkaitan yang dimiliki peserta akibat penyertaan atau tindakan memuat turun bahan promosi/ tawaran.

Dengan menyertai atau menerima promosi/ tawaran, anda bersetuju bahawa tiada tuntutan berkaitan kerugian atau kecederaan (termasuk kerugian istimewa, tidak langsung dan secara langsung) akan ditegaskan terhadap kami, syarikat induk, syarikat gabungan, para pengarah, pegawai, pekerja atau agen untuk sebarang dan semua kerugian, ganti rugi, hak, tuntutan dan tindakan apa jua ekoran promosi/ tawaran atau penerimaan sebarang hadiah, termasuk tanpa had, kecederaan peribadi, kematian dan kerosakan harta benda.

Maklumat Peribadi

Dengan menyertai promosi/ tawaran, anda bersetuju dengan:

  • penggunaan maklumat yang dihantar tanpa pembayaran pampasan dan dihubungi oleh kakitangan pemasaran kami untuk mengatur dengan lebih lanjut tentang pemenuhan promosi/ tawaran atau membuat tindakan susulan mengenai promosi/ tawaran;
  • penggunaan maklumat yang dihantar serta nama dan/ atau persamaan anda tanpa pembayaran pampasan untuk tujuan promosi dan pemasaran kami; dan
  • penggunaan respons, jawapan atau penghantaran maklumat dan/ atau pusingan “tie-breaker” tanpa pampasan untuk tujuan promosi dan pemasaran kami.

Setiap individu yang menyertai promosi/ tawaran tersebut mengakui bahawa:

  • pendedahan maklumat ini mematuhi perundangan dan peraturan privasi di negara yang berkenaan, dalam lingkungan geografi promosi/ tawaran ini dan penggunaan maklumat peribadi sedemikian oleh kami sebagaimana yang dicadangkan dalam permohonan ini (termasuk, tanpa had, pendedahan maklumat peribadi tersebut kepada agensi luar atau pihak ketiga kami)
  • mereka diberi kuasa untuk mendedahkan maklumat peribadi tersebut.

Polisi Pembatalan

Untuk pelanggan yang ingin membatalkan atau menjadualkan semula temujanji mereka, kami menghargai jika anda memaklumkan cawangan yang berkenaan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum masa temujanji anda. Berkuat kuasa dari 1 Januari 2019, semua penjadualan semula atau pembatalan temujanji yang dibuat dengan notis kurang daripada 24 jam akan mengakibatkan penolakan rawatan wajah atau badan bernilai rendah (bermula dengan pakej percuma, tidak termasuk rawatan tangan) dari pakej asal yang ditempah.